top of page

MESTRON PEROLEH SURAT KEBENARAN KKM BERKAITAN VAKSIN COVID-19

  • nabalunews
  • Jan 30, 2021
  • 1 min read


30 Jan 2021

KUALA LUMPUR: Mestron Holdings Bhd hari ini mengulangi bahawa pihaknya telah menerima surat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memulakan rundingan dan kerjasama dengan mana-mana syarikat dari China berhubung pengedaran vaksin COVID-19 di Malaysia.


Dalam kenyataan hari ini, Mestron menjelaskan surat bertarikh 8 Jan, 2021 membolehkan pihaknya mengadakan perbincangan dan kerjasama mengenai pengimportan, pengedaran, penjualan, pemasaran dan penggunaan vaksin COVID-19 di negara ini.


Mestron kini dalam proses rundingan dengan Zhongyu Yexing (Chengdu) Industrial Co., Ltd. mengenai perincian bagi potensi kerjasama.


“Selepas kami menetapkan terma-terma dengan Zhongyu Yexing, kami akan menghantar permohonan kepada Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) untuk mendaftarkan dan memperoleh kelulusan bagi pengedaran vaksin COVID-19 di Malaysia,” menurutnya.


Pada Jumaat, Mestron menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan Zhongyu Yexing untuk memulakan perbincangan mengenai struktur dan terma-terma cadangan kerjasama yang berkaitan dengan pengedaran vaksin COVID-19 di Malaysia.


Kedua-dua pihak menjangka dapat memuktamadkan dan memeterai perjanjian definitif dalam tempoh 30 hari selepas perbincangan dan rundingan selesai. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page