top of page
  • nabalunews

METMALAYSIA JANGKA ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA AKIBAT LEKUKAN TROPIKA


8 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan angin kencang dan laut bergelora di perairan negara ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan tersebut dipengaruhi oleh lekukan tropika yang dikesan kira-kira 505 kilometer dari barat laut Mindanao, Filipina, pagi tadi.  

“(Lekukan tropika) bergerak ke arah barat dengan kelajuan 18 km sejam, dengan kelajuan angin maksimum 56 km sejam,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan  bandar terdekat ialah kira-kira 854 km ke timur laut Kudat, Sabah. - Bernama

bottom of page