top of page
  • nabalunews

Minggu pembelajaran digital: Malaysia nyata komitmen perkasa AI

4 September 2024


PUTRAJAYA: Memperkasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 dan pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital (DPD).


Itu komitmen Malaysia yang dinyatakan di Minggu Pembelajaran Digital Tahun 2024 di Paris, Perancis.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata potensi teknologi AI perlu terus diterokai untuk menyokong matlamat pendidikan tanpa meminggirkan nilai-nilai kemanusiaan.


Beliau yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Malaysia (SKUM) berkata, turut dikongsi di Minggu Pembelajaran Digital Tahun 2024 di Paris ialah inisiatif Malaysia yang sedang giat melaksanakan Reformasi Pendidikan, Kurikulum Persekolahan 2027 serta gerak kerja bagi pelan pembangunan pendidikan yang baharu, lapor Bernama.


Dalam satu kenyataan hari ini Fadhlina yang mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri Minggu Pembelajaran Digital Tahun 2024 dari 2 September hingga hari ini telah mengambil bahagian dalam sesi perbincangan meja bulat bersama-sama dengan pemimpin pendidikan antarabangsa yang lain.


Beliau berkata, ia selaras dengan pengalaman, komitmen, imej dan reputasi baik Malaysia selaku negara anggota yang memainkan peranan aktif dalam menerajui program-program yang dilaksanakan di peringkat serantau dan global.


Katanya komitmen berterusan negara untuk memperkukuh agenda UNESCO, mendapat penghargaan di Paris.

Comments


bottom of page