top of page

MKN PERLU KAJI SEMULA SOP SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA - LEE LAM THYE

  • nabalunews
  • Feb 5, 2021
  • 1 min read

Lee Lam Thye

5 Feb 2021


KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Tahun Baharu Cina semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata aktivitis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.


Beliau berkata SOP yang diikuti rakyat Malaysia setakat ini adalah logik dan pasti akan memenuhi objektifnya iaitu mencegah penularan COVID-19.


“Bagaimanapun, SOP terbaharu untuk sambutan Tahun Baharu Cina yang diputuskan MKN, hanya boleh diadakan di rumah dan terhad kepada ahli keluarga yang duduk serumah adalah tidak logik dan tidak masuk akal.


“Ahli keluarga yang tinggal berdekatan perlu dibenarkan makan malam bersama di rumah yang sama selagi mereka mematuhi SOP seperti menjaga jarak fizikal, memakai pelitup muka dan tidak memeluk antara satu sama lain. Semestinya mereka tahu bagaimana untuk menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah kepada keluarga tersayang,” kata Lee dalam kenyataan hari ini.


Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP untuk sambutan Tahun Baharu Cina termasuk upacara sembahyang hanya dibenarkan di rumah bersama ahli keluarga. - Bernama

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page