MoSAR bantu wanita sakit kepala semasa mendaki Gunung Kinabalu
- nabalunews
- Feb 23
- 1 min read

22 Februari 2025
RANAU: Seorang pendaki wanita warganegara Kanada yang mengalami sakit kepala dan keletihan di KM 6 Panalaban, semasa mendaki Gunung Kinabalu.
Menurut Komander Operasi Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Faryiez mangsa berjaya dibawa turun oleh pasukan Mountain Search and Rescue (MoSAR) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dalam satu operasi pada petang Jumaat.
“Pasukan MoSAR, Sabah Parks (PARKSAR), dan seorang malim gunung bertindak membawa mangsa turun menggunakan teknik ‘piggy back carry’ sehingga ke Layang-Layang.
“Setelah keadaannya beransur pulih, mangsa diiringi turun ke Timpohon Gate sebelum diserahkan kepada ejen pelancongan untuk tindakan selanjutnya,” Bomba Sabah dalam satu kenyataan.
Operasi ini diketuai oleh Komender Operasi Faryiez bersama tiga anggota BBP Ranau.
Comments