top of page

MUHYIDDIN MASUK HOSPITAL AKIBAT CIRIT BIRIT, TERIMA LIPUTAN MEDIA ASING DAN JADI TRENDING

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 30, 2021
  • 1 min read


30 Jun 2021


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami diarea atau cirit-birit sejak semalam dan dimasukkan ke hospital.


Kenyataan ringkas mengenai perkara itu dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini


"Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengalami diarea sejak semalam.


"Sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan," kata kenyataan itu.


Selepas kenyataan itu, hastag #kerajaancirit, #PMCirit trending di Twitter dan menjadi perbualan hangat para netizen di media sosial hari ini.


Setakat jam 11 malam, sejumlah 24.8K ciapan telah menggunakan tanda pagar #PMCirit dan #KerajaanCirit pula 16.6K.


Kebanyakan komen netizen berbaur sindiran dan tidak kurang juga yang menggunakannya sebagai bahan jenaka dengan lakaran grafik dan pelbagai lagi komen-komen berunsur gurauan.


Selain itu, berita mengenai Perdana Menteri mengalami cirit birit turut dilaporkan agensi berita dunia termasuk Reuters, The Straits Times, The Edge Markets dan The Times of India.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page