top of page

MUIS SASAR PUNGUTAN ZAKAT PENGGAJIAN SEBANYAK RM40 JUTA TAHUN INI

  • nabalunews
  • Dec 4, 2020
  • 1 min read


4 DIS 2020


KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyasarkan untuk mengutip zakat penggajian sebanyak RM40 juta tahun ini, kata Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Arif.


Beliau berkata setakat ini, sebanyak RM39 juta telah berjaya dikutip daripada kira-kira 40,000 pembayar zakat penggajian yang terdiri daripada penjawat awam dan kakitangan swasta di negeri ini.


“MUIS khususnya bahagian zakat akan terus memberi penjelasan dan penerangan, taklimat kepada semua (pembayar zakat) dari daerah ke daerah melalui laman sosial seperti dalam talian atau Facebook, selain dibantu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dalam ceramah mahupun khutbah tentang kesedaran membayar zakat.


“Saya juga berharap pihak media turut membantu (menyebarkan maklumat) bersama-sama membangunkan zakat untuk kepentingan ekonomi dan kebajikan serta pendidikan di Sabah kerana sumbangan zakat dapat membantu dari aspek-aspek berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan zakat oleh empat institusi kepada MUIS di Wisma Muis, di sini hari ini.


Pada majlis itu, Sabah Electrical Sdn Bhd (SESB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid masing-masing menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM50,000 dan RM100,000 kepada Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Dr Hasbullah Mohd Taha.


Sementara MBSB Bank diwakili Pengurus Wilayah Sabah Ridwan Tenrinanran menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM30,061.60 dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) diwakili oleh Pengurus MIDF Sabah Sudirman Mohd Alwi menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada Hasbullah. – Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page