top of page

Nabawan Diisytihar Kawasan Bencana

  • nabalunews
  • Apr 11
  • 1 min read


ree

11 April 2025


NABAWAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) mengisytiharkan daerah Nabawan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.


Difahamkan, pengisytiharan itu dibuat berikutan kenaikan air banjir ketika ini berada pada paras bahaya.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Nabawan Ts Marshal Anthony berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 5.30 pagi tadi.


ree

Katanya, berdasarkan laporan dan maklumat agensi terlibat, maka diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Nabawan.


“Berikutan itu juga, satu  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Majlis Daerah.


“PPS berkenaan diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Sehubungan itu, Marshal memohon semua agensi yang terlibat untuk terus melakukan pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page