top of page

NADMA rangka dasar baharu pengurusan bencana negara

  • nabalunews
  • Sep 11, 2024
  • 1 min read



10 September 2024


KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengeluarkan dasar baharu pengurusan bencana negara yang akan menjadi asas penggubalan undang-undang berkaitan aspek itu.


Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata dasar berkenaan akan dilancarkan dalam tahun ini dan akan menjadi asas penggubalan dasar pengurusan risiko bencana, lapor Berita Harian.


Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan pengurusan kanan Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) di Balai Berita, hari ini.


Tahun lalu, kerajaan menyatakan cadangan memperkenal akta khusus untuk menambah baik dan meningkatkan kesiapsiagaan pengurusan bencana.


Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR) yang dalam proses penggubalan, adalah antara usaha diambil ke arah memperkemas persiapan dan mekanisme pengurusan bencana.


Khairul Shahril berkata, Kabinet mengarahkan NADMA untuk menggubal akta berkaitan pengurusan bencana, seperti mana diamalkan banyak negara.


"Ini adalah antara komitmen kerajaan dalam memastikan pengurusan bencana negara dapat dilaksanakan dengan lebih baik.


"Bagaimanapun, ada beberapa peringkat perlu dilalui sebelum akta berkenaan diwujudkan.


"Fasa pertama ialah mendapatkan kelulusan Kabinet manakala fasa kedua membabitkan libat urus dengan beberapa agensi berkaitan termasuk pemegang taruh yang merangkumi badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page