top of page
  • nabalunews

NAIK TARAF LOJI, BINA EMPANGAN UNTUK SELESAIKAN ISU BEKALAN AIR DI TAWAU

2 FEB 2021

TAWAU: Menaik taraf loji rawatan air (LRA) dan menyegerakan pembinaan empangan bernilai RM400 juta di Gudang Empat di sini merupakan antara usaha penting perlu dilakukan bagi mengatasi isu bekalan air di Daerah Tawau, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan


Beliau berkata beberapa LRA telah dikenal pasti untuk dinaik taraf antaranya LRA Cinta Mata, LRA Jalan Utara serta LRA Balung bagi membekalkan air bersih dengan lebih baik kepada penduduk.


Katanya empangan di Gudang Empat itu mempunyai kapasiti menampung sebanyak 30,000 juta liter air.


"Semua usaha ini perlu dipercepatkan bagi memastikan kehidupan rakyat di Tawau tidak terganggu kerana masalah bekalan air...empangan ini juga penting kerana selain bekalan air mampu mencegah banjir kilat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sementara itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berharap Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dapat menghantar bantuan air kepada penduduk di kawasan yang terlibat dengan catuan air dalam tempoh lama.


"Selain JANS perlu memastikan jadual catuan air itu diikuti dengan tepat dan tidak berubah sehingga menjejaskan kelangsungan hidup penduduk...juga dicadangkan menyediakan tangki simpanan air untuk kegunaan penduduk yang terjejas," katanya. - Bernama

Comments


bottom of page