- Farah Salim
Netizen bidas kenyataan Timbalan Menteri Perpaduan mengenai kematian lagenda bola sepak negara

14 Jan 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Netizen membidas kenyataan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengaitkan kematian lagenda bola sepak negara Shebby Singh kerana tidak memakai penyukat denyutan jantung semasa berbasikal.
“…pakailah penyukat denyutan jantung di dada (chest strap – tidak kelihatan pada jasad Shebby ketika beliau jatuh) dan pantau menggunakan komputer berbasikal,” antara ciapan dalam media sosial Timbalan Menteri Perpaduan itu.

Walaupun Wan Ahmad Fayhsal telah memadamnya dan meminta maaf melalui Twitternya hari ini namun netizen terus meluahkan perasaan kecewa terhadap kenyataan berkenaan.
“Nak bagi tips, bagi sajala. Tak perlu tunggang kematian orang lain, apatah lagi seolah-olah menyalahkan mendiang kerana tidak memakai penyukat denyutan jantung ketika berbasikal,” antara komen netizen di Twitter.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun pada Rabu malam.
Serbegeth atau lebih mesra dikenali sebagai Shebby jatuh pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri di Johor, kira-kira jam 7.30 malam.
