top of page
  • Farah Salim

Netizen kecam Menteri hilang atau sekadar jadi 'pelancong banjir'


20 Dis 2021 Oleh Farah Salim KUALA LUMPUR: Kejadian banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak Jumaat lepas menimbulkan kebimbangan dan tekanan kepada penduduk terbabit. Perkembangan banjir, lawatan menteri dan bantuan-bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir bukan sahaja dilaporkan media arus perdana tetapi turut menjadi topik hangat di media sosial. Berikutan video pendek Tiktok yang dikongsikan di Twitter, netizen mengkritik tindakan seorang menteri yang melawat kawasan banjir dengan menaiki kereta pacuan empat roda. “Hilux itu patut digunakan untuk pengangkutan mangsa banjir, bukan angkut menteri. Mangsa banjir kelaparan 48 jam tetapi anda berdiri diatas Hilux. YB, you can do better than this!. “Tunjuk muka yang dia masih prihatin … baik tak usah pergi kalau nak buat pertunjukan hiburan,” kata netizen melalui Twitter. Mereka membandingkan lawatan menteri berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong yang turun sendiri meredah air banjir dengan seluar basah. Selain itu lawatan Rina Harun dengan memakai kasut yang tidak sesuai di kawasan banjir juga turut mendapat kritikan daripada netizen. “Rina Harun lawat mangsa banjir pakai kasut bertumit tinggi menambah rasa marah orang ramai,” kata netizen melalui Twitter. Seorang lagi netizen berkata: "Serious lah Menteri Wanita pakai heels semasa melawat kawasan banjir?! Manakala seorang netizen berpendapat tiada masalah jika menteri turun padang tetapi tiada gunanya jika sekadar turun untuk bertanyakan khabar. "Takde (tiada) masalah ahli politik nak "turun padang". Tapi kalau setakat buat lawatan sambil belajar dan lambai sana sini, better buat selepas selesai kerja-kerja menyelamat dan banjir tamat. "Buat masa sekarang, tolong selamatkan mangsa-mangsa banjir. Itu lagi diperlukan daripada sibuk tanya khabar," katanya. Menurut laporan Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob meminggirkan beliau dan wakil rakyat lain dalam program lawatannya ke Klang menunjukkan beliau tidak berminat mengetahui masalah yang menghimpit penduduk di situ. Tindakan Ismail “berjalan ke pusat pemindahan banjir dan berbual sekejap dengan mangsa…sahaja tidak mencukupi,” kata pemimpin DAP itu.

bottom of page