• nabalunews

NETIZEN UNDI KERAJAAN PN ‘GAGAL’ URUS COVID DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT



13 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Kebanyakan netizen mengundi ‘gagal’ melalui undian dalam Facebook “Adakah kerajaan PN gagal mengurus Covid-19 dan gagal mengurus kesejahteraan hidup rakyat”. Undian itu dimulakan sejak dua hari lalu melalui Facebook Najib Razak dan mendapat like sebanyak 30.9k, share (4,356) dan undian (299,000) setakat hari ini. Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perkongsian melalui Facebooknya menyatakan, rata-rata menteri tidak bersetuju kerajaan PN Gagal mengurus Covid-19 dan gagal mengurus kesejahteraan hidup rakyat. Bagaimanapun berdasarkan undian itu sebanyak 77 peratus mengundi “Gagal” dan hanya 23 peratus mengundi “tak gagal” “Sebab beberapa pemimpin PN tak setuju, saya buat polling dua hari lalu untuk serahkan pada rakyat sekiranya mereka berpendapat kerajaan sudah gagal atau tidak. Setakat ini, poll sedang menghampiri 300,000 undi dengan 77 peratus berpendapat bahawa kerajaan sudah gagal. Poll (masih buka): https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10158002204950952