top of page

Op Lancar dilaksanakan sempena Krismas dan Tahun Baru 2025

  • nabalunews
  • Dec 23, 2024
  • 1 min read

23 Disember 2024


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memulakan operasi khas Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Januari 2025 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kesesakan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu.


Menurut Pengarah JSPT, Dato’ Sri Mohd Yusri Haji Hassan Basri, operasi ini melibatkan seramai 2,752 petugas di seluruh negara, dengan fokus kepada penyuraian trafik di lebuh raya utama seperti PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) serta jalan-jalan persekutuan dan negeri.


“PLUS Malaysia Berhad menjangkakan sebanyak 2.12 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya, terutamanya pada tempoh tol percuma pada 23 hingga 24 Disember,” katanya dalam kenyataan hari ini.


JSPT menyeru pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan trafik, merancang perjalanan, dan memastikan kenderaan diselenggara dengan baik.


“Semua pengguna jalan raya hendaklah mematuhi peraturan lalu lintas seperti memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan, tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta mematuhi peraturan lampu isyarat merah,” tambah beliau.


Pemandu kenderaan perdagangan pula digalakkan menggunakan jalan persekutuan dan negeri bagi mengurangkan kesesakan.


Sebarang maklumat berkaitan insiden atau kesesakan lalu lintas boleh disalurkan ke bilik gerakan JSPT di peringkat daerah dan kontinjen.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page