OP MABUK: LIMA DITAHAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL

10 DIS 2020
PENAMPANG: Lima individu ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan 60 kenderaan diperiksa dalam Op Mabuk yang diadakan di Jalan Bundusan, di sini, jam 10 malam, semalam.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kelima-lima individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000.
“Dalam operasi ini pihak polis turut mengeluarkan 12 saman atas pelbagai kesalahan antaranya, tiada lesen memandu, mengubahsuai kenderaan dan lesen memandu tamat tempoh.
"Operasi kali ini melibatkan kekuatan seramai dua pegawai kanan polis dan 16 anggota polis berjalan dengan lancar dan berakhir jam 2 pagi tadi,” katanya.

Operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kolaborasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah.
Mohd Haris menasihatkan orang ramai supaya tidak memandu di bawah pengaruh alkohol bagi mengelak risiko kemalangan jalan raya.
Sumber: FB Polis Daerah Penampang
Comments