top of page

Op Samseng Jalanan: Enam Saman, Sebuah Motosikal Disita

  • nabalunews
  • Apr 20
  • 1 min read


20 April 2025


PENAMPANG: Enam saman dikeluarkan dan sebuah motosikal disita dalam operasi Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Pintas dan Donggongon Point, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, operasi dilaksanakan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.


Katanya, hasil operasi berkenaan, pihaknya berjaya menyita sebuah motosikal untuk siasatan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Pasukan operasi turut menahan seorang penunggang lelaki warga tempatan atas kesalahan tiada lesen menunggang.


“Suspek turut didapati membuat pengubahsuaian motosikal selain cukai jalan dan insurance kenderaan telah tamat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, sebanyak enam keping saman turut berjaya dikeluarkan atas pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan terhadap empat motosikal.


Sementara itu, Sammy berkata, operasi diadakan bagi mengesan pesalah lalulintas dan menunjukkan kehadiran polis Omnipresence dalam usaha mencegah jenayah di sekitar pentadbiran IPD Penampang.


Selain itu katanya, operasi ini juga bertujuan untuk mencegah dan mengambil tindakan terhadap penunggang motosikal yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan di daerah Penampang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page