top of page

Operasi Bersepadu PPM Wilayah 4 Sabah dan MPOB

  • nabalunews
  • Jul 11, 2025
  • 1 min read

11 Julai 2025 


SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, PPM Wilayah 4 Sabah bersama penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Sandakan melaksanakan operasi bersepadu di dua lokasi berasingan sekitar Sandakan pada petang Khamis.


Serbuan pertama dilakukan di jalan Sandakan-Kinabatangan dan berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 45 tahun yang dipercayai sedang melakukan pemindahan minyak mentah sawit (CPO). 


Semua suspek ditahan bersama dua kenderaan lori tanker yang mengandungi CPO dan turut dirampas.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Mohd Nazri Ibrahim, berkata, serbuan di lokasi kedua pula dijalankan di sebuah premis di Bandar Ramai-Ramai Sandakan.


Katanya, pasukan operasi mendapati sebuah lori tangki dan beberapa tangki simpanan yang dipercayai mengandungi CPO dan minyak masak diproses (PPO).


“Hasil keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai sebanyak RM2.96 juta melibatkan 75,000 liter CPO dan PPO.

“Kes akan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005,” katanya.


Nazri berkata, PPM Wilayah 4 Sabah amat mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membenteras kegiatan yang salah dan merugikan negara serta masyarakat setempat. 


Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke bilik gerakan PPM Wilayah 4 Sabah atas melalui media rasmi facebook PPM Wilayah 4 Sabah.


Sementara itu, Mohd Nazri berkata, sehingga Julai tahun ini, PPM Wilayah 4 Sabah telah merekodkan sebanyak 11 kes dan 23 orang tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM12.22 juta.


Katanya, PPM turut memberi fokus terhadap lain-lain kesalahan khususnya jenayah rentas sempadan dan sebarang kegiatan penyeludupan di perairan negara. 


"PPM juga memberi tumpuan di kawasan hot spot yang bersempadan dengan perairan negara jiran." Tambah beliau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page