top of page

Operasi perobohan koloni setinggan: komitmen kesejahteraan komuniti

  • nabalunews
  • Nov 23, 2024
  • 1 min read



23 November 2024


KOTA KINABALU : 31 rumah di sebuah koloni setinggan di kawasan paya bakau dekat sini, dirobohkan dalam satu operasi yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, semalam.


Operasi Perobohan Koloni Setinggan Bil: 138/2024, Siri: 10/2024 itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), serta Jabatan Ketua Menteri (JKM).


Sebanyak 31 buah rumah setinggan telah dirobohkan dalam operasi ini, yang bertujuan memastikan kawasan bebas daripada penempatan haram demi meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Operasi ini dirancang dengan kerjasama erat semua agensi yang terlibat.


Menurut hantaran di laman Facebook Polis Daerah Kota Kinabalu, operasi ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan mencerminkan komitmen berterusan IPD Kota Kinabalu untuk menangani isu sosial, mencegah jenayah, serta memastikan pembangunan kawasan yang teratur.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page