top of page

Orang ramai dijemput meriahkan Pesta Ang Pau Penampang, 28 Jan

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 20, 2023
  • 1 min read


20 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang dengan kerjasama parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan Pesta Ang Pau, di Taman Suria pada 28 Januari ini, bermula jam 6.30 petang.


Acara itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Presiden UPKO dan Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.


Pengerusi Penganjur Charles Liew Shih Wei berkata, pesta Ang Pau adalah acara tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Pelbagai persembahan menarik disusun termasuk persembahan tarian, nyanyian Tadika Shan Tao, Tadika Yue Min, SRJK Yue Min, Magic Show dan cabutan tiket bertuah.


Turut diadakan persembahan tarian singa Fu Tet Kung Temple, persembahan naga daripada Persatuan Seni Tarian Singa dan Naga Nan Bang.


Sehubungan itu beliau mengalu-alukan orang ramai menghadiri seterusnya memeriahkan acara itu.


Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page