Marryan Razan
Orang ramai mempunyai simptom Covid-19 digesa segera buat saringan dan kuarantin

22 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun mengggesa masyarakat yang mengalami simptom Covid-19 segera membuat saringan kendiri atau ke pusat kesihatan terdekat untuk menjalani ujian saringan Covid. Beliau berkata, mereka yang mempunyai simptom juga perlu menjalani pengasingan diri atau kuarantin serta merta. “Ini bagi mengelak jangkitan kepada orang di sekeliling termasuk ahli keluarga secara tanpa sedar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, ini kerana sejak akhir-akhir ini, banyak berlaku jangkitan baharu berlaku secara tidak disedari oleh pembawa yang sama ada tidak bergejala atau hanya bergejala ringan. Dalam laporan harian kes jangkitan Covid-19 hari ini di Sabah, kategori kontak rapat merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 62.13 peratus atau 1,639 daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini sebanyak 2,638 kes.