top of page

Pakej p-Hailing Rahmah: Lebih 7,000 penghantar food panda nikmati internet murah

nabalunews

14 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Sejak pelancaran Pakej p-Hailing Rahmah pada Januari lalu, seramai 7,100 penghantar makanan yang bernaung di bawah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, Food Panda, telah memanfaatkan inisiatif tersebut.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa pakej telekomunikasi khas serendah RM33 ini bertujuan untuk meringankan beban pemandu dan penunggang p-hailing dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan internet pada harga yang lebih berpatutan.


"Program p-Hailing Rahmah ini telah dirasmikan sebelum ini, dan setiap syarikat p-Hailing telah berhubung dengan syarikat telekomunikasi tertentu untuk menyediakan pakej khusus kepada penghantar mereka. Saya dimaklumkan bahawa 7,100 penghantar Food Panda telah menempah dan menggunakan pakej p-Hailing Rahmah," kata Fahmi.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jejak Panda di Pantai Dalam, yang disertai oleh lebih 150 komuniti Lembah Pantai dan Rakan Penghantar Food Panda, semalam.


Program sehari itu turut menyediakan sesi latihan kepada peserta yang baharu mendaftar sebagai 'rider' aplikasi tersebut. Fahmi, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, turut berkesempatan menyerahkan 'kit rider' percuma bernilai RM150 kepada peserta.


Dalam perkembangan lain, Fahmi turut mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan mematuhi tata cara pemasangan Jalur Gemilang. Menurut beliau, individu yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Lambang dan Nama 1963 (Akta 414).


"Orang awam boleh mendapatkan maklumat daripada Jabatan Penerangan melalui aplikasi atau di platform dbook.penerangan.gov.my. Di situ, terdapat maklumat yang lebih terperinci mengenai cara-cara memasang Jalur Gemilang dan perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), boleh mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia a

da," tambahnya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page