Pandora Papers: SPRM minta Anwar beri kerjasama dalam siasatanPandora Papers: SPRM minta Anwar beri kerjasama dalam siasatan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pandora Papers: SPRM minta Anwar beri kerjasama dalam siasatan


17 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama dalam siasatan isu pendedah Pandora Papers.


Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata Anwar perlu tampil memberi kerjasama sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut mengenai isu tersebut.


SPRM turut umum bahawa ia bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu yang telah dibangkitkan Anwar.


Beliau mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat, baru-baru ini.


Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil menyatakan bahawa pihak polis telah membuka dua kertas siasatan isu yang mengaitkan beberapa individu ternama Malaysia itu.


Pada 3 Oktober yang lalu, Konsortium Antarabangsa Penyiasatan Awam telah mendedahkan sejumlah data yang dilaporkan melibatkan sekitar 11.9 juta dokumen dan 2.9 terabyte data yang berkait dengan urus niaga rasuah elit global.


Antara rakyat Malaysia yang didakwa terlibat termasuk bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.


Terdahalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob memberitahu bahawa tidak akan ada sebarang campur tangan dari kerajaan jika siasatan dilakukan ke atas isu Pandora Papers.

bottom of page