PARLIMEN PERLU BERSIDANG SEBELUM DARURAT TAMAT - MANTAN SPEAKER
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PARLIMEN PERLU BERSIDANG SEBELUM DARURAT TAMAT - MANTAN SPEAKER



16 Jun 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, Parlimen perlu bersidang sebelum Darurat tamat pads 1 Ogos ini. Sehubungan itu beliau berpandangan adalah wajar dan sesuai untuk Perdana Menteri dan Kabinet seterusnya memberi nasihat kepada YDPA memanggil Parlimen untuk bersidang dengan segera sebelum berakhirnya tempoh Darurat. “Setelah meneliti kenyataan rasmi lstana Negara seiring dengan Kenyataan Penyimpan Mohor Raja­ Raja, pada pandangan saya Kebawah Duli Tuanku YDPA dan Raja-Raja Melayu bersependapat bahawa penting untuk Parlimen dipanggil bersidang dengan segera. “Seri Paduka Baginda menyuarakan pendapat yang jelas bahawa Parlimen ialah platform penting untuk membincangkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara di samping meneliti perbelanjaan-perbelanjaan untuk menangani pandemik dan kesempitan rakyat,” katanya. Mohamad Ariff berkata, pendapat yang diberikan adalah amat wajar dan tepat sambil mencerminkan fungsi YDPA di bawah Perlembagaan Malaysia, iaitu merangkumi hak Baginda untuk mendapat maklumat, dirunding dan memberi nasihat kepada Perdana Menteri dan Kabinet dalam hal-hal negara. “Apa yang disarankan juga selari dengan kehendak penting Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, iaitu Pengisytiharan Darurat dan Ordinan-Ordinan dibawahnya hendaklah dibentangkan di Parlimen. “lni semestinya bermakna sebelum tamatnya tempoh Darurat sekarang iaitu 1 Ogos 2021,” katanya.

bottom of page