Pasukan MoSAR selamatkan pendaki cedera di ketika turun Gunung Kinabalu
- nabalunews
- Jun 5
- 1 min read

5 Jun 2025
RANAU: Seorang pendaki wanita berusia 28 tahun yang cedera di kaki kiri selepas terjatuh ketika perjalanan turun dari Laban Rata di Kilometer 4 (Layang-Layang), Gunung Kinabalu, berjaya diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam.
Pasukan Mountain Search and Rescue (MoSAR) menerima panggilan kecemasan daripada malim gunung pada pukul 6:50 pagi, yang memaklumkan kejadian tersebut.
Komander Operasi, PBK II Nickson Juni, berkata sebaik sahaja tiba di lokasi pada pukul 7:20 pagi, pasukan mendapati mangsa tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kecederaan pada kaki kiri.
"Rawatan awal telah diberikan kepada mangsa, dengan membalut kecederaan pada kaki mangsa untuk mengurangkan kesakitan," jelasnya.
Tindakan seterusnya ialah membawa mangsa turun menggunakan kaedah "Piggyback" menuju ke Timpohon Gate, di mana operasi selesai pada pukul 10:10 pagi setelah mangsa selamat sampai di bawah.
Mangsa, yang merupakan seorang wanita, dilaporkan cedera pada bahagian kaki kiri dan segera dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi ini melibatkan enam anggota dari pasukan EMRS (Emergency Medical Rescue Services) JBPM Ranau serta bantuan dari seorang malim gunung.
Comments