top of page
  • Wartawan Nabalu News

Patung Mazu bakal jadi tarikan pelancongan di Kudat - Dr. Joachim


1 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), telah melawat tapak projek Patung Mazu di Kudat dan menyatakan sokongan peribadinya untuk meneruskan pembinaan patung itu.


Beliau berkata, patung itu akan memberikan manfaat kepada penduduk Kudat dan meningkatkan industri pelancongan negeri ini.


“Patung ini akan menjadi mercu tanda dan tarikan pelancongan di daerah ini,” kata Dr. Joachim.


Beliau disertai oleh Tan Sri Chong Kah Kiat, bekas Ketua Menteri Sabah yang juga penasihat projek itu, serta pemimpin-pemimpin setempat termasuk Ketua Daerah, Ketua-ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (Wkan) dan Kapitan-kapitan Cina.


Pada tahun lepas, Datuk Dexter Lau, Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated (KTC) Berhad, telah memohon agar kerajaan dapat menyambung pembinaan patung Mazu itu.


Dexter berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh kepada semua pihak yang terlibat dalam projek itu.


Sebelum melawat tapak projek, Dr. Joachim telah menyaksikan upacara angkat sumpah ahli-ahli Lembaga Bandaran Kudat.

bottom of page