- Wartawan Nabalu News
PBBPS sampaikan sumbangan kepada keluarga bekas anggota bomba Sabah

30 Ogos 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Persatuan Bekas Bomba dan Penyelamat Sabah (PBBPS) menyampaikan cek sumbangan derma ikhlas kepada keluarga bekas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah.
Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden PBBPS, Punil Matidis kepada balu mendiang pesara bomba, John Tang Te Te, iaitu Lailah @ Nelly Binti Lubasi dan arwah Johari Said @ Tuju yang diterima oleh anaknya, Joelizah Johari di Balai Bomba dan Penyelamat Penampang di sini pada Isnin.
Derma ikhlas tersebut itu adalah hasil sumbangan ahli-ahli dan pesara JBPM Sabah.
Punil merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang telah membantu menyumbang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh dua keluarga tersebut.
“Semoga sumbangan mendapat keberkatan daripada Allah,” katanya.
Turut serta dalam program itu ialah Setiausaha PBBPS, Lacius Salagon, serta Edmund Wong dan Isteri, Vivian John (anak mendiang).