PBT perlu amalkan integriti sepanjang masa

11 Disember 2024
SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat siasatan segera yang telus sekiranya terdapat mana-mana salah laku dilaporkan masyarakat terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kata Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah.
Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa dan Hari Integriti Kebangsaan Peringkat Majlis Perbandaran Sandakan 2024 di Dewan Masyarakat Sandakan, pada Rabu.
Majlis itu dirasmikan oleh Presiden MPS, Henry Idol dan turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy Kuppan.
Berkenaan program itu, katanya ia antara program bersama pihak PBT dalam membanteras rasuah serta memberi maklumat berkaitan agar warga PBT terus menjaga dan mengamalkan integriti setiap masa.
Pada program itu, beliau juga menyampaikan ceramah bertajuk Kesalahan Rasuah Berdasarkan Akta SPRM 2009, Impak Rasuah dan Langkah-Langkah Pencegahan.
Seorang lagi penceramah jemputan adalah bekas Majistret yang juga Pengurus CJ Global Speaker, Mohd Firdaus Ramlan dengan tajuk ceramah "Tumbuk Rusuk Pengkisahan Dari Tirai Besi” di mana beliau berkongsi pengalamannya dalam penjara akibat rasuah.
Sementara itu, dalam ucapannya Henry mengajak masyarakat Khanna belia agat menghindarkan diri dari amalan rasuah.
Katanya MPS juga komited dalam memerangi rasuah.
"Sejak tahun 2023, MPS mengambil langkah proaktif dengan memperoleh pensijilan ABMS ISO 37001:2016 atau Sistem Pengurusan Anti-Rasuah yang bukan sahaja menetapkan garis panduan yang ketat untuk mencegah rasuah tetapi turut memastikan akauntabiliti di semua peringkat jabatan," katanya.
Comentarios