top of page

PDRM tawar bayaran RM50 untuk semua saman trafik - PM

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 18, 2023
  • 1 min read

18 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Semua saman trafik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh diselesaikan dengan hanya membayar RM50 setiap satu, bermula 21 April hingga 21 Mei 2023.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tawaran istimewa itu hanya terpakai untuk saman-saman yang dibuat pada tahun 2022 dan sebelumnya.


“Bagi saman-saman yang dibuat pada tahun 2023, kadar biasa masih berkuat kuasa. Namun, PDRM tetap komited untuk menjaga keselamatan jalan raya terutama semasa musim perayaan,” katanya pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.


Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.


Sementara itu, Anwar juga mengumumkan bahawa PDRM akan melancarkan Op Lancar pada 18 dan 19 April 2023 untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan-laluan utama sempena Hari Raya Aidilfitri.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page