top of page

Pejabat Adun Kadamaian terima sumbangan bakul makanan dari NGO

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Jul 22, 2021
  • 1 min read

Updated: Jul 26, 2021


22 Julai 2021 Oleh Marryan Razan KOTA BELUD: Pusat Khidmat Adun Kadamaian menerima 100 kotak makanan daripada Walnut Bakery dan Ecopia untuk disumbangkan kepada penduduk kampung yang memerlukan di kawasan Kadamaian. Pengurus Walnut Bakery Engelbert Masabal berharap sumbangan itu dapat meringankan bebanan keluarga yang terkesan ekoran pandemik Covid-19. “Bantuan makanan ini akan diagih-agihkan kepada keluarga yang terjejas di kawasan Kadamaian termasuk para pemimpin gereja kawasan ini,” katanya ketika ditemui Nabalu News, di sini, hari ini.

Engelbert berkata, selain menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kadamaian pihaknya juga memberikan sumbangan yang sama di kawasan-kawasan lain. Terdahulu itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kepada 50 keluarga di Kampung Pinolobuh yang diletakkan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKpD).

“Kita akan meneruskan program pemberian bantuan bakul makanan kepada para penduduk kampung kawasan Kadamaian yang memerlukan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page