top of page

PEJABAT DAERAH KECIL KIULU AKAN DIBUKA - JONISTON

nabalunews

9 DIS 2020

KOTA KINABALU: Pembukaan Pejabat Daerah Kecil Kiulu tidak lama lagi menjadikan impian penduduk daerah itu satu kenyataan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.


Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata pejabat itu akan beroperasi di premis sementara di Dewan Masyarakat Kiulu di sini terlebih dahulu, sebelum berpindah ke bangunan tetap yang pembinaannya diharap bermula awal tahun depan.


"Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajii Noor dan Kabinet Negeri atas kelulusan pantas penubuhannya. Bagi pihak penduduk Kiulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana menunaikan janjinya untuk memberi keutamaan kepada penubuhan pejabat tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata penubuhan pejabat itu akan memudahkan penduduk kerana mereka tidak perlu lagi pergi ke Tuaran untuk menguruskan hal-hal berkaitan urusan tanah atau kebajikan.


Selain itu, katanya kewujudan pejabat itu juga akan memudahkan perancangan pembangunan di daerah tersebut terutama di dalam sektor pelancongan dan pertanian, yang merupakan tunjang ekonomi Kiulu.


"Persetujuan untuk menubuhkan pejabat daerah kecil itu diumumkan oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dalam kunjungannya ke sini sebelum Pilihan Raya Umum 2018, tetapi ditangguhkan selepas terdapat perubahan dalam pemerintahan kerajaan.


“Selama dua tahun dalam pembangkang, saya sentiasa bertanyakan mengenai status pejabat tersebut dalam setiap sidang Dewan Undangan Negeri,” katanya. – Bernama

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page