top of page

Pelan pemulihan rakan NADMA 2030 jadi panduan utama pengurusan bencana di Malaysia

  • nabalunews
  • Oct 9, 2024
  • 1 min read

9 Oktober 2024


PUTRAJAYA: Pelan Pemulihan Rakan NADMA 2030 dijangka menjadi rujukan penting dalam pengurusan bencana di Malaysia, dengan fokus untuk mengurangkan risiko dan impak bencana secara lebih berkesan.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelan ini mengutamakan penyelesaian isu-isu polisi serta garis panduan yang akan membantu pihak berkepentingan mengurus bencana dengan lebih tersusun.


“Hari ini kita melihat hasil kertas dasar oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengkoordinasikan kerjasama antara badan bukan kerajaan (NGO) untuk pemulihan dalam pengurangan risiko bencana,” kata Ahmad Zahid selepas merasmikan Konvensyen Rakan NADMA di sini.


Beliau turut menegaskan bahawa agensi-agensi berkaitan sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir awal yang dijangka berlaku berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang akan bermula pada minggu keempat bulan ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page