Pelanggan SESB terima rebat 2.5 peratus mulai bulan ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pelanggan SESB terima rebat 2.5 peratus mulai bulan ini



22 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB) akan memberikan rebat 2.5 peratus kepada 609,869 pengguna SESB seluruh Sabah dan Labuan bermula bulan ini.


Faedah tahunan atau rebat 2.5 peratus itu adalah daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar oleh pelanggan.


Faedah ini seperti diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan akan dikreditkan ke dalam bil elektrik pelanggan bermula bulan ini.


Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, pemulangan rebat berjumlah RM8.7 juta itu akan dikreditkan terus ke adalam akaun bil elektrik pengguna pada Januari dan Februari ini.


“Wang cagaran elektrik ini dikenakan sebagai sekuriti terhadap kerosakan atau tujuan menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan di mana selaras dengan Peraturan 5(5) Peraturan-peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990.


“Ia dikira bersamaan dua bulan penggunaan bil elektrik berdasarkan purata bagi enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan,” katanya.


Abdul Nasser berkata, penambahan wang cagaran hanya akan dikenakan jika terdapat peningkatan penggunaan elektrik secara purata bagi tempoh enam bulan berbanding wang cagaran sedia ada.


bottom of page