top of page

PELANJUTAN MASA OPERASI KEDAI YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEHINGGA 10 MALAM

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 29, 2021
  • 1 min read


29 Jan 2021

Oleh Anne Sham


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi bagi kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya mini (mini market), pasar raya (hypermarket), farmasi, kedai menjual ubat-ubatan, kedai dobi serta kedai cermin mata di antara jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 malam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ia selaras dengan keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan.


“Kesemua aktiviti perniagaan ini tertakluk kepada pematuhan SOP sedia ada

termasuk kedai dobi layan diri yang perlu menyediakan seorang pekerja berada di premis bagi mengawal bilangan keluar masuk pelanggan dan memastikan SOP dipatuhi,” katanya.


Mengenai Bantuan Prihatin Covid-19 1.0, Masidi berkata, sebanyak 322,749 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah.


“Bagi bantuan Prihatin Covid-19 2.0 yang bermula 26 Januari lalu, sebanyak

1,583 bakul makanan telah diagihkan kepada yang terkesan,” katanya.




 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page