top of page
  • Wartawan Nabalu News

PELANTIKAN BERASASKAN KEAHLIAN POLITIK BOLEH GANGGU KEMAJUAN UNIVERSITI – MASZLEE


Dr.Maszlee Malik

28 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan Dr.Maszlee Malik berkata, pelantikan politik besar-besaran di universiti awam boleh menganggu kemajuan universiti.


Beliau berkata, pelantikan berdasarkan keahlian politik semata-mata boleh menganggu kemajuan universiti seperti yang berlaku sepanjang pemerintahan PN.


"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) patut merujuk buku Pelan Pembangunan Pendidikan 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang menggarisakan keperluan melantik ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mengikut kebolehan dan skill sets yang telah ditetapkan supaya mereka boleh memacu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih berdaya maju.


“Sepatutnya di kala wabak melanda KPT menyikapi isu pendidikan tinggi dengan serius seperti di negara-negara maju dan bukannya bermain politik dan mengagihkan habuan sesama ahli politik,” katanya dalam hantaran melalui laman sosial Twitternya.


Maszlee berkata, pengagihan jawatan di IPTA kepada wakil-wakil politik PN tanpa berdasarkan merit hanya akan menyebabkan imej dan wibawa IPTA semakin buruk sama ada di peringkat lokal mahupun antarabangsa


“Situasi ini juga menjawab mengapa pihak KPT tidak bersikap progresif dan inovatif dalam pembangunan solusi di peringkat pendidikan tinggi di kala menghadapi wabak Covid-19 berbanding negara-negara jiran apatah lagi berbanding negara-negara maju.


“Campur tangan politik juga telah menyebabkan kedaan pengurusan IPTA menjadi serba caca merba semenjak PN memerintah,” katanya.


Baru-baru ini, bekas exco Selangor yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan pelantikan 13 ahli politik ke lembaga pengarah IPTA.


Maszlee berkata, hakikatnya lebih 30 pelantikan politik telah berlaku semanjak PN memerintah.




Comentarios


bottom of page