PELANTIKAN WANITA PERTAMA MAYOR BANDARAYA PENGHORMATAN KAUM WANITA: ROSIMAH

29 DIS 2020
KOTA KINABALU: Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Datuk Rosimah Zakaria menyambut baik pelantikan dua wanita yang menerajui organisasi penting dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau berkata pelantikan Noorliza Awang Alip sebagai wanita pertama Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Datuk Nor Aisah Mohd Yusof sebagai Peguam Besar Negeri Sabah merupakan satu penghormatan kepada kaum wanita di negeri ini.
"Pelantikan itu sebagai satu pengiktirafan dan kepercayaan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji kepada golongan wanita.
"Mereka ini berpengalaman dan memang layak menduduki dan menerajui pentadbiran kerajaan. Ini membuktikan bahawa wanita boleh bergerak seiring dengan kaum lelaki," katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Rosimah berkata, langkah itu akan membuka mata kepada semua pihak terutama sektor korporat untuk memberi lebih banyak peluang dan kepercayaan kepada wanita memimpin sesebuah organisasi ke arah yang lebih baik.
Comentários