top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Pemandu, penumpang kenderaan awam wajib lengkap vaksin berkuatkuasa 16 Sept


Gambar Hiasan

6 September 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Semua pemandu dan pembantu atau petugas kenderaan awam hendaklah lengkap menerima vaksin berkuatkuasa 16 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pemandu kenderaan awam itu termasuk pemandu bas henti-henti, bas sekolah, teksi dan e-hailing.


“Ini adalah syarat tambahan baharu kepada syarat-syarat sedia ada dalam SOP yang sedang berkuatkuasa, antaranya ialah pematuhan penjarakan fizikal di dalam kenderaan tersebut serta pemakaian pelitup muka.


“Adalah juga diingatkan kembali bahawa semua perkhidmatan bas henti henti dihadkan ke kapasiti 50 peratus sahaja, manakala untuk teksi atau e-hailing pula dihadkan maksimum hanya dua orang termasuk pemandu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


ความคิดเห็น


bottom of page