top of page

Pemandu tersepit, kren terbalik

  • nabalunews
  • Oct 16, 2024
  • 1 min read

16 Oktober 2024


PAPAR: Seorang pemandu kren terpaksa menahan kesakitan selama lebih sejam selepas tersepit di dalam kren yang terbalik di Jalan Ulu Sabandil, di sini, petang tadi.


Mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an cedera di kaki sebelum diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.36 petang membabitkan sebuah kren yang terbabas sendiri di bahu jalan.


Katanya, terdapat seorang mangsa tersepit dan tindakan pasukan bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas (rescue tools).


“Mangsa berjaya dikeluarkan dan mengalami cedera di kaki.


“Mangsa kemudian diberi rawatan awal sebelu dihantar ke Hospital Papar menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, operasi menyelamat

dijalankan oleh sepasukan sembilan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan jam 3.49 petang,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page