top of page

PEMBANGUNAN BERTERUSAN JAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT- JAFFARI

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 22, 2020
  • 1 min read

22 DIS 2020


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Jaffari Walliam berkata, usaha Kerajaan melaksanakan program-program pembangunan di seluruh negeri Sabah perlu diteruskan demi memastikan kesejahteraan rakyat dapat ditingkatkan seiring dengan pembangunan ekonomi negeri.


"Melalui Belanjawan Negeri Sabah 2021, Kerajaan Negeri mengagihkan sejumlah RM292.75 juta daripada peruntukan pembekalan dan pembangunan pada tahun 2021 untuk program-program pembangunan negeri dan ekonomi rakyat.


"Ia termasuklah untuk program-program bina baru dan penyelenggaran, baik pulih dan naik taraf jalan raya, cerun, jambatan, bangunan-bangunan serta lain-lain aset Kerajaan Negeri termasuk sewaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain," katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.


Menurut Jaffari, usaha pembangunan adalah penting bagi mensejahterakan rakyat supaya kehidupan rakyat luar bandar dan bandar dapat dihubungkan dengan baik dan dapat diseimbangkan.


Tambah beliau, peruntukan RM113.15 juta kepada Jabatan Pertanian bagi tujuan perbelanjaan perbekalan dan pembangunan termasuk RM32.68 juta untuk pelaksanaan projek pembangunan.


"Dalam sektor pertanian, sama ada pekebun kecil atau pekebun yang menjalankan perusahaan sendiri atau secara kumpulan, dapat menerima manfaat dan setiap hasil tanaman dapat memberi peluang kepada petani bagi meningkatkan taraf hidup," katanya.


Selain itu, Jaffari juga berkata peruntukan RM169.32 juta yang diagihkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) serat agensi di bawahnya termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah mampu membantu sistem ekonomi kawasan bandar.


"Peruntukan ini pasti melengkapkan proses untuk merancang, mengurus dan memperkasa kualiti perkhidmatan demi mensejahterakan hidup rakyat di kawasan bandar dan pekan.


"Rakyat dapat menikmati pembangunan yang lebih teratur dan seimbang disamping mendapat kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik," ujar beliau lagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page