top of page

Pembinaan Jambatan Sungai Pancuran Nabawan Mula Tahun Ini

  • nabalunews
  • May 17
  • 1 min read

Shahelmey (kedua dari kiri) bersama Ghani (kanan) dan rombongan semasa melawat jambatan sungai Pancuran Nabawan yang bakal diganti dengan jambatan konkrit.
Shahelmey (kedua dari kiri) bersama Ghani (kanan) dan rombongan semasa melawat jambatan sungai Pancuran Nabawan yang bakal diganti dengan jambatan konkrit.

17 Mei 2025


NABAWAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan memuktamadkan kos dan skop kerja pengalihan paip air yang terlibat dalam pembinaan jambatan sungai Pancuran di kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township.


Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, dalam masa terdekat pihak JKR akan mula membina "temporary diversion works" sebelum memulakan kerja fizikal pembinaan struktur jambatan baru.


Katanya, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula dalam tahun ini juga sebaik saja pengalihan paip air yang terlibat dan "temporary diversion works" selesai.


Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri III berkata demikian ketika dihubungi selepas mengadakan kerja di lokasi jambatan Sungai Pancuran di sini pada Khamis.


Pada hari yang sama Shahelmey melawat runtuhan tanah di Jalan Sepulut - Pagalungan dan Jalan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lanas.


Turut sama dalam lawatan itu Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, Pegawai Daerah Nabawan Marshal Anthony @ Idham dan Pegawai-Pegawai Kanan JKR dan JANS.


Kelewatan kerja-kerja pembinaan naiktaraf jambatan sungai Pancuran di kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township tergendala akibat isu aset-aset utiliti yang perlu dialihkan terlebih dahulu.


Menurut papan tanda projek naiktaraf jambatan sungai Pancuran di kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township itu, tarikh mula pembinaannya pada 25 Mac 2024 dan tarikh siap pada 25 September 2025.


Kelewatan pembinaan jambatan ini telah menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan penduduk di daerah ini.


Mereka mempersoalkan kelewatan pembinaan naiktaraf jambatan sungai Pancuran Nabawan yang kontraktornya sudah dilantik tetapi kerja-kerja belum dimulakan.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page