top of page

Pemegang adat mainkan peranan penting martabatkan Institusi Adat Istiadat Anak Negeri

Wartawan Nabalu News

28 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

KENINGAU : Pemegang Adat Negeri memainkan peranan penting dalam memartabatkan Institusi Adat Istiadat Anak Negeri yang diwarisi daripada nenek moyang sejak dahulu.


Adun Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata kewujudan Mahkamah Anak Negeri (MAN) dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan yang memberi pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak untuk meneruskan pemakaian dan pelaksanaan undang-undang adat anak negeri, termasuk penubuhan MAN.


“Antara fungsi MAN adalah memproses tuntutan harta pusaka anak negeri dan harta kecil bagi anak negeri bukan beragama Islam, sebagaimana terkandung di dalam Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka Anak Negeri dan Harta Kecil 1941,” katanya.


Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa berucap merasmikan bangunan Mahkamah Anak Negeri Bingkor, di sini, semalam.


Katanya, adat istiadat perlu terus dimartabatkan agar ia kekal diwarisi oleh generasi akan datang.


Pada masa sama Robert menyeru agar semua Pemegang Adat MAN Bingkor untuk bersama-sama menjaga dan memanfaatkan bangunan mahkamah ini sebaik mungkin.


Katanya, dengan adanya bangunan MAN Bingkor yang baharu ini akan memberi semangat dan keselesaan kepada para pemegang adat untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dengan adat istiadat di daerah ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page