top of page

Pemegang kad OKU kategori pendengaran dan pertuturan kini boleh mohon lesen E-Hailing

Wartawan Nabalu News


10 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori pendengaran dan pertuturan kini boleh memohon Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) e-hailing.

 

Jelas beliau, ini bagi membuka peluang baharu untuk mereka mencari rezeki dalam industri pengangkutan.

 

Ujar beliau, syarat utama untuk permohonan lesen ini adalah pemohon mesti memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas D/DA dan mendapatkan pengesahan kesihatan daripada Pengamal Perubatan Berdaftar.

 

"Perundangan subsidiari di bawah Kaedah 4, Kaedah-kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan Dan Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) 1959 pula telah menggariskan bahawa pemohon yang memohon sesuatu Lesen Vokasional perlu memiliki suatu sijil perubatan yang menunjukkan dia tidak mengalami apa-apa penyakit atau kecacatan fizikal.

 

"Ini agar tidak mengganggu keberkesanannya dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang pemandu atau menyebabkan pemanduannya bagi sesuatu kenderaan perkhidmatan awam menjadi sumber bahaya kepada orang awam," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Subang, Wong Chen di Dewan Rakyat, di sini.

 

Hasbi bagaimanapun menjelaskan bahawa pemohon dengan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas A/A1 tidak dibenarkan memohon lesen e-hailing untuk sebarang kelas.

 

"Perkara ini termaktub di bawah Seksyen 30, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mensyaratkan pemohon membuat akuan tentang status kesihatan mereka dan sebarang kecacatan fizikal yang boleh membahayakan orang lain," jelasnya.

 

 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page