top of page

Pemuda PH Sabah sokong penuh Ewon sebagai Pengerusi PH Sabah yang baharu

nabalunews



21 Disember 2024


KOTA KINABALU: Pemuda Pakatan Harapan (PH) Sabah (Angkatan Muda Harapan) yang terdiri daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), DAP dan Amanah menyokong penuh Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi PH Sabah yang baharu.


Dalam kenyataan bersama hari ini, Ketua Angkatan Muda Harapan (Pemuda PH) Sabah, Felix Joseph Saang, Ketua Dapsy Sabah, Vivian Wong dan Ketua Pemuda Amanah Sabah, Salleh Jatil berkata rakan komponen PH Sabah perlu menghormati proses demokrasi dan lebih mengutamakan cabaran Pilihan Raya Negeri (PRN) yang boleh diadakan pada bila-bila masa.


"Pemilihan Datuk Ewon Benedick sebagai pengerusi PH Sabah adalah berlandaskan kepada perlembagaan PH.


"Malah, pemilihan pengerusi PH sebelum ini dijalankan menerusi proses demokrasi dengan kehadiran dan persetujuan semua parti komponen," kata kenyataan itu.


Sehubungan itu Angkatan Muda Harapan menegaskan perlembagaan PH perlu difahami dan diterima dengan berlapang dada agar isu-isu lain di Sabah yang lebih penting serta perlu diutamakan dapat ditangani dengan sebaiknya.


"Oleh itu, lebih baik parti komponen perkukuhkan jentera masing-masing bagi menghadapi cabaran Pilihan Raya Negeri (PRN) yang boleh diadakan bila-bila masa dalam tempoh 10 bulan ini.


"Kita perlu menghormati parti komponen bagi memastikan keharmonian tidak terjejas disebabkan kekuatan PH Sabah adalah hasil kerjasama politik yang sudah terjalin sebelum ini," kata kenyataan itu lagi.


Pemuda PH Sabah percaya rakan-rakan komponen cukup matang dalam membuat keputusan dan kerjasama kukuh yang terjalin selama ini akan tetap diteruskan untuk memastikan PH Sabah terus relevan di mata rakyat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page