top of page

Pemuda tiada dokumen larikan diri semasa dirawat di Hospital Tawau

  • nabalunews
  • Jan 21
  • 1 min read

Polis berjaya menangkap lelaki tanpa dokumen yang melarikan diri semasa dirawat di Hospital Tawau selepas terlibat kemalangan.
Polis berjaya menangkap lelaki tanpa dokumen yang melarikan diri semasa dirawat di Hospital Tawau selepas terlibat kemalangan.

21 January 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News 


TAWAU: Seorang pemuda, 22, tanpa dokumen bertindak melarikan diri ketika sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau selepas terlibat kemalangan di Jalan Mawar, Kg Jawa sekitar jam 4.40 pagi, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki itu berjaya ditangkap sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Kg Vietnam, Tanjung Batu sekitar jam 7 malam, pada hari yang sama.


Menurutnya, sebelum itu, pemuda tersebut bersama tiga remaja perempuan berumur 14 hingga 16 tahun dihantar ke Hospital Tawau oleh pihak Bomba akibat kemalangan di lokasi tersebut.


"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lelaki itu memandu kereta jenis Proton Gen 2 dari arah bandar Tawau menuju ke Hill Top.


"Apabila tiba di lokasi, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, pihaknya menerima laporan daripada Penolong Pegawai Perubatan pada jam 2 petang apabila pemuda berkenaan melarikan diri semasa proses rawatan sedang dijalankan.


Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 .

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page