top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pemuda, Wanita UPKO Kudat beri fokus program pendidikan dan keusahawanan


Ketua Wanita, Jannefer (kiri) dan Ketua Pemuda, Edbery.

5 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUDAT: Pergerakan Pemuda dan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kudat akan melipatgandakan usaha menganjurkan lebih banyak program-program berbentuk pendidikan dan keusahawanan untuk masyarakat kawasan itu.


Ketua Pemuda UPKO Bahagian Kudat Edbery Kohiya berkata, program seumpama itu amat bermakna bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan tetapi membuka minda masyarakat luar bandar agar boleh bersaing dengan masyarakat lain dalam apa sahaja bidang yang diceburi.


Ewon (enam dari kanan), Edbery (tiga dari kiri) dan Ketua GEM Riezol Sidu (tengah) bergambar bersama Pemuda dan GEM UPKO Kudat.

“Bagi Pergerakan Pemuda, saya merancang untuk mengadakan kem atau ceramah motivasi kepada para pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).


“Selain itu Pemuda juga akan mengaktifkan program Jelajah Pemuda masuk kampung untuk mendengar sendiri masalah dan keperluan masyarakat akar umbi,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui Nabalu News selepas Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Kudat, di Dewan Kg.Sinukab Pitas, kelmarin.


Ewon (tengah) bergambar bersama Wanita UPKO Kudat

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Naib Presiden UPKO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Sementara itu, Ketua Wanita UPKO Kudat yang baru dipilih Jannefer Julin berkata, mereka akan memperbanyakkan program peningkatan ekonomi khususnya untuk golongan wanita.


“Antara kursus yang saya rancang ialah kursus keusahawanan, perniagaan secara online dan kursus-kursus yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kepada wanita, misalnya kecantikan dan memasak.


Ewon (tengah), Jannefer (dua kiri) bersama Wanita UPKO Kudat.

“Ramai wanita luar bandar khususnya di Kudat dan Pitas yang berniaga secara kecil-kecilan atau yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan pasaran mereka.


“Oleh itu saya juga merancang untuk mengenalpasti mereka dan membantu memasarkan produk melalui online,” katanya.


Bagi golongan wanita muda khususnya yang berumur 18 tahun ke atas, Jannefer berkata, beliau akan menganjurkan kursus yang bersesuaian dengan minat golongan itu termasuk kursus kecantikan dan ketrampilan diri.



コメント


bottom of page