top of page

Penaiktarafan kawasan tamu-tamu niaga di Penampang antara fokus besar Ewon

Wartawan Nabalu News

13 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Penaiktarafan kawasan tamu-tamu niaga di Penampang antara fokus besar Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, fokus istimewa itu diberikan kepada Penampang dan Kadamaian selain memberikan fokus yang sama kepada usahawan dan peniaga-peniaga kecil di seluruh negara.

“Saya akan kemukakan semua cadangan dan keperluan para penjaja serta peniaga kecil-kecilan di tamu-tamu kepada pihak unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah antara tanggungjawab saya untuk membela hal-hal berkaitan keperluan penjaja dan peniaga-peniaga kecil di seluruh negara terutamanya di Sabah dan Sarawak,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap semasa lawatan dan tinjauan mesra di Tamu Donggongon, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ruji Ubi, Setiausaha Persekutuan Sabah Dato’ Makhzan Mahyuddin, Adun Kapayan Jannie Lasimbang, Pegawai Daerah Penampang Francis Chong, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan serta pemimpin-pemimpin setempat.


Selepas lawatan di Tamu Donggongon dan tinjauan cadangan tapak Tamu untuk kegunaan para penjaja dan peniaga kecil-kecilan sementara menunggu penaiktarafan tamu itu, Ewon turut meninjau gerai penjaja Koperasi Kepayan dan Tamu Kepayan.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page