Pendaki Taiwan cedera di Gunung Kinabalu diselamatkan
7 Oktober 2024
RANAU: Pasukan Bomba Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) membantu membawa turun seorang pendaki dari Taiwan yang cedera ketika menuruni Gunung Kinabalu, pada Ahad.
Pendaki lelaki berusia 44 tahun itu cedera di bahagian kaki dibawa turun dari Kilometer 8.4 Summit Trail, Gunung Kinabalu ke kaki gunung di Timpohon Gate.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 pagi.
Katanya, susulan laporan itu, sepasukan tujuh anggota MOSAR bersama enam Malim Gunung dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba jam 6.45 pagi.
“Mangsa dilaporkan terseliuh di buku lali kaki kiri dan tidak dapat menuruskan pendakian.
“Pasukan MOSAR bersama Malim Gunung bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurunnya, mangsa seterusnya dibawa turun ke kaki gunung di Timpohon Gate dengan menggunakan kaedah Robinson Stretcher.
“Sebaik tiba di Timpohon Gate jam kira-kira 3 petang, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.04 petang,” katanya.
Kommentare