top of page

Pendidikan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) di Sandakan

  • nabalunews
  • Nov 23, 2024
  • 1 min read

23 November 2024


SANDAKAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan berkenaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) yang diwartakan pada Februari lalu dan dikuatkuasakan pada Oktober 2024.


Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Asits Sanna, berkata ia bagi memberi kefahaman kepada semua pihak khasnya premis makanan dan peniaga lain mengenai pentingnya untuk memasang tanda larangan merokok dan vape di premis mereka demi kesejahteraan orang awam yang lain.


Katanya, jika sebelum ini larangan merokok di premis berada di bawah Akta Makanan, tetapi kini ia mempunyai akta sendiri.


Beliau menyatakan perkara itu pada sidang media sejurus melakukan tinjauan pendidikan penguatkuasaan itu di Sandakan, semalam.


Semasa melawat beberapa premis, didapati peniaga ada memasang tanda larangan itu tetapi pihaknya menasihatkan ia mengikut saiz yang telah ditetapkan.


Manakala bagi kedai vape, larangan tambahan iaitu tidak boleh menjual produk itu kepada kanak-kanak bawah 18 tahun juga wajib dipasang selain larangan menjual produk mainan jenis rokok dan yang lain.


Selain Penguatkuasa JKNS, tinjauan bersama Asits itu turut disertai Majlis Perbandaran Sandakan, Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sandakan serta agensi lain.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page