Penduduk di pesisir pantai dinasihatkan berwaspada fenomena air pasang besar
14 Julai 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Penduduk di pesisir pantai seluruh negara dinasihatkan supaya berwaspada berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini sehingga Ahad.
Pusat Hidrografi Nasional (PHN) menerusi satu laporan menjelaskan bahawa fenomena itu berlaku disebabkan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari.
Oleh itu, PHN mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.
"Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar peka dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” kata PHN.
Orang ramai boleh melayari https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi ramalan pasang surut tersebut.
Comments