top of page

Penduduk Kg Penampang Proper ucap terima kepada Ewon atas bantuan infrastuktur

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 1, 2023
  • 1 min read

1 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Penduduk Kampung Penampang Proper, mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Penampang merangkap Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick atas keprihatinan menyelesaikan beberapa permasalahan infrastruktur di kampung mereka.


Menurut Ketua Cawangan UPKO Kg Penampang Proper Nicholas Basayu, penurapan jalan dan pembinaan lampu jalan di kampung itu memberikan keselesaan kepada penduduk kampung.


“Ini menunjukkan keprihatinan beliau sebagai wakil rakyat Penampang dan responsif terhadap keperluan rakyat.


"Kami amat bersyukur mempunyai wakil rakyat seperti Datuk Ewon dan berterima kasih kepada beliau kerana memberikan peruntukan untuk menyelesIkan masalah di kampung kami," katanya.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerima permohonan daripada penduduk dan menyalurkan sejumlah peruntukan untuk membiayai penurapan jalan kampung itu dan pemasangan lampu solar untuk keselesaan dan keselamatan penduduk kampung.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page