PENDUDUK KG PONDO DIGESA KEMBALI ATAU BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG
- Wartawan Nabalu News
- Jul 6, 2021
- 1 min read

6 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menggesa penduduk yang melarikan diri dari Kg.Pondo, Pulau Gaya kerana mengelak daripada berada dalam kawasan PKPD supaya kembali ke kampung tersebut dengan kadar segera.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kepada komuniti lain.
“Balai Polis Pulau Gaya ketika ini sedang mempergiat usaha mengesan semua 69 suspek yang dipercayai melarikan diri ketika berangkat ke PKRC.
“Kegagalan mereka kembali ke Kg. Pondo dan jika tertangkap oleh pihak berkuasa, mereka boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan akan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No.4) (Pindaan) (No.16) 2021,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan penduduk Kg Pondo, Pulau Gaya yang mengelak daripada dikenakan PKPD supaya menyalurkan maklumat ke balai polis terdekat.


















Comments